Video: Soalan ‘Telima Kasih Latuk Seri’ Gamatkan Sidang Dewan Rakyat

Kuala Lumpur – Persidangan Dewan Rakyat gamat seketika apabila Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah binti Mohamed Sadique dilihat gagal memahami soalan yang tambahan yang diajukan oleh ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa.

 

Halimah ketika bangun untuk menjawab meminta agar ahli parlimen itu mengulangi soalan tersebut kerana tidak faham dengan pengunaan Bahasa Melayu yang dituturkan oleh beliau

 

“Terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri… boleh tak yang Berhormat ulang balik soalan tu, sebab saya dengar tadi tapi tak berapa faham.

 

“Ambil ayat yang nak ditanyakan itu sahaja tanpa sebarang karangan awal” ujar Halimah sambil disambut gelak tawa dari ahli-ahli parlimen yang lain.

 

 

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang mempengerusi sidang dewan pada pagi itu turut tersenyum dengan telatah yang melucukan itu,

 

“Timbalan Menteri sengaja menyiksa (ahli parlimen) Bakri ni” usiknya apabila melihat kesukaran Teck Hwa untuk berbahasa Melayu.

 

Teck Hwa ketika membacakan soalan tambahan tersebut dilihat agak payah dan agak gagap.

 

Teck Hwa sebelum ini mengakui beliau terpaksa bergelut untuk menguasai bahasa kebangsaan lantaran tidak mampu berkomunikasi dengan baik kerana merupakan bekas penuntut sekolah Cina.

 

Terdahulu Halimah menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (BN-Padang Besar) berhubung jumlah projek perumahan terbengkalai yang belum diselesaikan oleh Kementerian.

4 thoughts on “Video: Soalan ‘Telima Kasih Latuk Seri’ Gamatkan Sidang Dewan Rakyat

  • March 18, 2015 at 3:41 pm
    Permalink

    Aii..dh jd MP pn x reti2 ckp melayu?
    kwn aku cina spm fail BM pn reti juga ckp, even x terer tp pndai la jugak

    Reply
  • March 19, 2015 at 6:40 am
    Permalink

    Tinggal di Malaysia dah sampai tiga keturunan tetapi cakap bahasa malaysia pun tak pandai. Inilah contoh hasil dari sekolah jenis kebangsaan.

    Reply
  • March 19, 2015 at 7:48 pm
    Permalink

    I went to a restaurant in usj, and the cambodian guy work as a waiter there spoke malay like a local malay speak. He is here for just 5 years. Come on dude. U r a MP la.

    Reply
  • March 20, 2015 at 9:34 am
    Permalink

    Kesian Malaysia. Negeri lain semua pendatang boleh cakap bahasa tempatan terutama bila dah berpuluh tahun tinggal di situ (contoh Indonesia, Jepun, China). Dulu2 cina dan india boleh cakap melayu. tapi sekarang bila interviu di tv, ramai cina akan cakap inggeris saja. malah hos2 melayu pon terpaksa cakap inggeris dng mereka, padahal tu program dlm BM. kesiannn

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.