Video: Hukum Sula, Portal Pro-Umno Dakwa Ia Hudud P Ramle

Kuala Lumpur – Portal pro-Umno mempertikaikan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 kerajaan PAS Kelantan yang disifatkan mengambil hukum hudud P Ramlee.

 

Menurut portal tersebut kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan ta’zir yang mengekalkan hukuman rejam sampai mati, sula dan salib bukan sebahagian dari ajaran Islam.

 

 

“Kita mahu mendengar hujahan ulama-ulama Pas dari mana mereka mengambil hukuman sula sebagai sebahagian daripada Undang-undang Islam, surah mana di dalam al-Quran atau Hadis Sahih mana yang menjadi ikutan tukang draf Undang-undang ini.

 

“Sungguhpun boleh diperbahaskan bahawa hukuman salib hanya untuk mereka yang berperang dengan negara Islam atau berperang dengan Islam bukannya perompak atau pencuri biasa,” ujar penulis yang mengunakan nama pena ‘Lawyer Cabuk’ itu melalui artikel Hukum Hudud Allah atau Hudud P Ramlee?

 

Menurutnya hukuman sula hanya terdapat dalam filem Semerah Padi arahan P Ramlee dan bukan merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.

 

“Kita menerima hukuman rejam sampai mati kerana walaupun tidak terdapat dalam al-Quran tetapi masih dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan beberapa syarat yang sangat ketat.

 

“Namun hukuman sula ini hanya ada dalam hudud filem Semerah Padi, P. Ramlee sahaja. Justeru ketika Pas dan UMNO menyokong draf undang-undang ini, kita tertanya-tanya apakah sokongan ini merupakan satu kesungguhan melaksanakan syariat Islam atau permainan politik semata-mata,” ujarnya lagi.

 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini membentang Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang mengandungi hukum Hudud ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

 

Rang Undang-undang setebal 47 muka surat itu turut di sokongan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN).

 

Pindaaan enakmen turut menyenarai jenis-jenis kesalahan hudud yang termaktub dalam pindaan, antaranya Sariqah (mencuri), Hirabah (orang yang merampas harta orang lain dengan kekerasan), Zina termasuk liwat, Qazaf (membuat tuduhan zina atau liwat), Syurb (minum arak atau memabukkan) dan Irtidad (murtad).

 

Rang Undang-undang tersebut juga menekankan bahawa, enakmen itu hanya terpakai kepada orang Islam yang mukalaf iaitu seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna akalnya dan menjamin tidak akan dikuatkuasakan ke atas orang bukan Islam.

 

Turut dipinda ialah beban bukti kes zina dan liwat di mana rang undang-undang baru membolehkan penuduh memberi keterangan melalui syahadah atau bayyinah (keterangan yang jelas) dan kebal daripada hukuman jika kemudiannya ditentukan bahawa tidak ada bukti yang cukup untuk membuktikan salah laku itu.

 

Kesalahan liwat antara suami dan isteri pula memperuntukkan hukuman ta’zir sekiranya didapati bersalah.

 

Pindaan baru ini juga memansuhkan peruntukan yang menyatakan perbuatan seks antara perempuan, necrofilia (mayat) dan binatang sebagai jenayah.

 

Bagaimanapun, Rang Undang-undang itu mengekalkan hukuman rejam sampai mati, sula dan salib.

 

Baca: Hukum Hudud Allah atau Hudud P Ramlee?

2 thoughts on “Video: Hukum Sula, Portal Pro-Umno Dakwa Ia Hudud P Ramle

  • March 27, 2015 at 5:00 pm
    Permalink

    Masyaallah..Terserlah satu lagi KeJAHILan Ustaz Azhar Idrus (UAI) krn mengaitkan Hukum Sula dgn Hudud & UAI main sedap mulut membuat TUDUHAN bahawa Hukum Sula adalah Hudud P. Ramlee. Kenapa begitu ? kerana UAI adalah sebenarnya masih Jahil dlm banyak perkara, TIDAK tahu jalan Agama Islam yang bersambung (Sanad) dari Tanah Melayu sampai kpd Rasulullah SAW. Sepatutnya UAI mengumumkan bahawa beliau TIDAK TAHU atau TIDAK PASTI dari main sedap mulut buat tuduhan, itu lebih Selamat utk UAI.

    Utk pengetahuan semua: Para Ulama’ SILAM di Nusantara telah bersepakat (ijma’) memilih & menetap hukum Sula adalah dalam Kategori Ta’zir BUKAN Hudud (Ingat: Hukum Ta’zir juga Hukum Islam). Sila rujuk TA’ZIR dari sumber2 lain. Para Ulama’ silam telah pun meninggal Dunia & P. Ramlee juga telah meninggal Dunia. Bagaimana UAI memohon ampun dari mereka. Lebih baik UAI buat Taubat Nasuha sebelum terlambat, agar Tidak ditimpa Khifarat Allah nanti.

    Bagaimana UAI boleh memohon Ampun drpd mereka semua krn telah membuat Tuduhan Palsu terhadap mereka ? Kpd pembaca2 yg mengenali UAI, sila beri nasihat kpd UAI agar beliau cepat2 bertaubat & mengumumkan penarikan-balik segala tuduhan beliau yg tidak berasas. Sila baca yg berikut & fahami:

    Hukum Sula adalah dlm kategori ta’zir ( Arab: تعزير ) diKENA keatas pesalah2 berikut:

    Pesalah yg telah disabitkan dgn kesalahan berZina yang kemudiannya meLAWAN saksi-saksi Sah, hakim atau penguasa sebagai satu usaha utk mengelak dari ditangkap & dikenakan hukum Hudud (Rejam sampai mati utk yg telah berkahwin atau Sebatan utk belum berkahwin) hingga menCEDERAkan atau memBUNUH saksi sah, atau hakim yg menghukum, atau penguat-kuasa yg menangkap. Maka, pesalah ini dihukum dgn Hukum Sula sampai mati. Hukum Sula dijalankan TANPA mengira samada pesalah zina ini belum berkahwin atau sudah berkahwin.

    Hukum Sula, iaitu menekan galah panjang yang tajam ke lubang dubur pesalah utk mendatangkan Sakit yg Amat terlebih dahulu, hingga galah tersebut keluar melalui mulut pesalah hingga menyebabkan kematian. Kemudian galah tersebut dipacakkan kedlm lubang hingga galah tersebut tegak bersama pesalah yg tersiksa hingga mati. Sula adalah pengajaran utk umat agar tidak melawan hukuman Hudud jika dijatuhkan keatas mereka.

    Hukum Sula juga dikenakan keatas pesalah2 lain seperti askar yg lari dari peperangan, pengintip & pembuat fitnah yg menyebabkan pergaduhan atau peperangan yg menyebabkan kematian & lain2.

    Hukum Ta’zir juga boleh melibatkan hukuman denda, sebatan, penjara, bunuh secara pancung atau tembak, pasung, buang negeri, khidmat masyarakat & sebagainya & diputuskan hakim2 atau qadhi2 bersama wakil2 ummat utk satu-satu kesalahan dalam satu-satu wilayah bangsa yg beragama Islam secara sepakatan. Sebatan atau gantung sampai mati utk pesalah kes dadah di Penjara Pudu boleh dikategorikan sebagai Hukum Ta’zir, BUKAN Hudud. Sila rujuk Ta’zir dari sumber2 lain utk pengetahuan lanjut.

    Sekian, Wassalam

    Reply
  • March 27, 2015 at 5:03 pm
    Permalink

    Masyaallah..Terserlah satu lagi KeJAHILan Ustaz Azhar Idrus (UAI) krn mengaitkan Hukum Sula dgn Hudud & UAI main sedap mulut membuat TUDUHAN bahawa Hukum Sula adalah Hudud P. Ramlee.

    Kenapa begitu ? kerana UAI adalah sebenarnya masih Jahil dlm banyak perkara, TIDAK tahu jalan Agama Islam yang bersambung (Sanad) dari Tanah Melayu sampai kpd Rasulullah SAW. Sepatutnya UAI mengumumkan bahawa beliau TIDAK TAHU atau TIDAK PASTI dari main sedap mulut buat tuduhan, itu lebih Selamat utk UAI.

    Utk pengetahuan semua: Para Ulama’ SILAM di Nusantara telah bersepakat (ijma’) memilih & menetap hukum Sula adalah dalam Kategori Ta’zir BUKAN Hudud (Ingat: Hukum Ta’zir juga Hukum Islam). Sila rujuk TA’ZIR dari sumber2 lain. Para Ulama’ silam telah pun meninggal Dunia & P. Ramlee juga telah meninggal Dunia. Bagaimana UAI memohon ampun dari mereka. Lebih baik UAI buat Taubat Nasuha sebelum terlambat, agar Tidak ditimpa Khifarat Allah nanti.

    Bagaimana UAI boleh memohon Ampun drpd mereka semua krn telah membuat Tuduhan Palsu terhadap mereka ? Kpd pembaca2 yg mengenali UAI, sila beri nasihat kpd UAI agar beliau cepat2 bertaubat & mengumumkan penarikan-balik segala tuduhan beliau yg tidak berasas.

    Sila baca yg berikut & fahami:
    ——————————-
    Hukum Sula adalah dlm kategori ta’zir ( Arab: تعزير ) diKENA keatas pesalah2 berikut:
    Pesalah yg telah disabitkan dgn kesalahan berZina yang kemudiannya meLAWAN saksi-saksi Sah, hakim atau penguasa sebagai satu usaha utk mengelak dari ditangkap & dikenakan hukum Hudud (Rejam sampai mati utk yg telah berkahwin atau Sebatan utk belum berkahwin) hingga menCEDERAkan atau memBUNUH saksi sah, atau hakim yg menghukum, atau penguat-kuasa yg menangkap. Maka, pesalah ini dihukum dgn Hukum Sula sampai mati. Hukum Sula dijalankan TANPA mengira samada pesalah zina ini belum berkahwin atau sudah berkahwin.

    Hukum Sula, iaitu menekan galah panjang yang tajam ke lubang dubur pesalah utk mendatangkan Sakit yg Amat terlebih dahulu, hingga galah tersebut keluar melalui mulut pesalah hingga menyebabkan kematian. Kemudian galah tersebut dipacakkan kedlm lubang hingga galah tersebut tegak bersama pesalah yg tersiksa hingga mati. Sula adalah pengajaran utk umat agar tidak melawan hukuman Hudud jika dijatuhkan keatas mereka.

    Hukum Sula juga dikenakan keatas pesalah2 lain seperti askar yg lari dari peperangan, pengintip & pembuat fitnah yg menyebabkan pergaduhan atau peperangan yg menyebabkan kematian & lain2.

    Hukum Ta’zir juga boleh melibatkan hukuman denda, sebatan, penjara, bunuh secara pancung atau tembak, pasung, buang negeri, khidmat masyarakat & sebagainya & diputuskan hakim2 atau qadhi2 bersama wakil2 ummat utk satu-satu kesalahan dalam satu-satu wilayah bangsa yg beragama Islam secara sepakatan. Sebatan atau gantung sampai mati utk pesalah kes dadah di Penjara Pudu boleh dikategorikan sebagai Hukum Ta’zir, BUKAN Hudud. Sila rujuk Ta’zir dari sumber2 lain utk pengetahuan lanjut.

    Sekian, Wassalam

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.