Kuota Jemaah Haji Malaysia Kekal 22,320 Orang

SEPANG – Kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini kekal sebanyak 22,320 jemaah seperti tahun lalu.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah tersebut yang berkurangan 20 peratus daripada kuota asal disebabkan proses penambahbaikan dan pembesaran di Masjidil Haram yang masih berjalan.

 

“Semua negara mengalami masalah pengurangan jemaah haji, bagaimanapun, kita telah meminta pertimbangan dari Arab Saudi supaya diberikan kuota tambahan.

 

“Pada masa sama, saya sendiri telah menyerahkan surat peribadi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Aziz al-Saud supaya diberi pertimbangan penambahan jemaah dari Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.