Bahagian Atas Istana Kesoma Terbakar

ALOR SETAR – Bahagian atas Istana Kesoma, tempat bersemayam Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah mengalami kerosakan apabila dijilat api dalam kebakaran di Jalan Tunku Bendahara, di sini, pagi tadi.

 

Bagaimanapun, ketika kejadian 2 pagi, Baginda tidak berada di istana berkenaan yang menjalani proses pengubahsuaian sejak dua bulan lalu.

 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.10 pagi dan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Jalan Raja dan Jitra serta jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi pada 2.18 pagi.

 

Menurutnya, dua pasukan dari Balai Bomba Sukarela Seberang Nyonya dan Kuala Kedah turut membantu memadam api yang merebak di bahagian atas istana dua tingkat berkenaan.

 

“Kebakaran itu membabitkan kemusnahan 40 peratus di bahagian atasbangunan dua tingkat yang sedang menjalani kerja-kerja ubah suai.

 

“Api berjaya dikawal pada jam 3.07 pagi dan dipadamkan sepenuh jam 4.43 pagi. Setakat ini punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.