24 Maut, 3,300 Hilang Tempat Tinggal

PORT VILA – VANUATU. Sekurang-kurangnya 24 terkorban manakala kira-kira 3,300 lagi hilang tempat tinggal selepas siklon tropika Pam yang membawa angin kencang berkelajuan 320 kilometer sejam membadai Vanuatu di kepulauan Pasifik.

 

Angka tersebut dikeluarkan PBB, kelmarin selepas pihak berkuasa merancang untuk melancarkan pemantauan udara di kawasan terjejas teruk di Port Vila menggunakan pesawat Australia dan Perancis.

 

Sementara itu, Presiden Baldwin Lonsdale mengemukakan rayuan kepada masyarakat antarabangsa untuk menyalurkan bantuan kepada negara tersebut yang musnah teruk dalam kejadian terbabit.

 

Difahamkan, pekerja bantuan kini sedang berusaha untuk menghantar keperluan asas kepada penduduk yang terjejas. – AFP/Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.