Qobin Sangkal Dakwaan Suhaimi Konon Bumi Ini Datar

KUALA LUMPUR – Penjelajah dan Pendaki negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin menyangkal dakwaan Suhaimi Saad bahawa bumi ini datar.

Menurutnya, individu yang mengatakan bumi ini datar daripada seorang yang langsung tidak mempunyai kepakaran berkenaan ialah sangat tidak masuk akal.

“Saya pernah sampai ke 90° Kutub Utara dan 90° Kutub Selatan dan ini menunjukkan bukti kompas bahawa dunia ini ‘bulat’.

“Zaman dahulu ya, ramai yang ingin mencari bukti-bukti bumi ini bentuknya bagaimana dan ramai saintis yang mengeluarkan teori masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini Suhaimi mengeluarkan beberapa kenyataan yang berbaur kontroversi sehingga mencetuskan kekecohan ramai.

Antara kenyataan yang dikeluarkan termasuklah perdebatan bahawa bumi berbentuk rata selain menyatakan pendirian dirinya sebagai pejuang antivaksin.

Katanya lagi, tindakan Suhaimi itu sengaja mencari publisiti murahan dan sengaja ingin dikecam netizen.

“Saya lihat ramai orang akhir zaman ini sengaja membuat perkara-perkara yang kurang bermanfaat dan sengaja diviralkan hanya untuk meraih publisiti murahan.

“Saya gusar, sekiranya perkara ini tidak dibendung, apa akan jadi dengan anak muda yang akan memimpin negara pada masa depan,” ujarnya.

Sebelum ini, Suhaimi meminta angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah menyatakan bahawa bumi ini bulat oleh bekas penyanyi kumpulan nasyid In Team itu. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.