Wanita Ini Pernah Curi Sabun 18 Tahun Lalu, Kini Dia Kembali Lagi Dan Tebus Kesalahannya

Mencuri memang suatu tindakan yang tidak terpuji. Tindakan tersebut tidaklah pernah benar walaupun si pencuri mempunyai pelbagai alasan.

Wanita ini dulu pernah mencuri sesuatu dari kedai, tetapi nampaknya dia amat menyesal hingga sekarang.

Seperti yang dilaporkan dari Tribunnews , wanita 30 tahun dari Yichuan, China ini menjadi viral selepas dia kembali lagi ke kedai yang pernah dia curi 18 tahun lalu.

DIa mengembalikan sabun yang pernah dicuri dengan 100 sabun dengan jenama yang sama. Dia membawa kotak sabun pepaya, seperti sabun yang pernah dicuri.

Pencuri kembali lagi

Dalam video yang dimuat naik di media sosial, Qu mengaku mencuri sabun itu kerana sabun itu adalah kesukaan ibunya.

Tetapi mereka tidak mampu membelinya.

Pencuri kembali lagi

Qu merasa menyesal bertahun-tahun.

Jadi, untuk menghilangkan rasa bersalahnya, ia kembali lagi ke kedai, mengembalikan sabun dengan jenama yang sama,sebanyak 100 kotak.

“Kesalahan itu menghantuiku selama bertahun-tahun.

Hal itu adalah perkara paling buruk yang pernah aku lakukan dalam hidup, “katanya

Pencuri kembali lagi

Sementara itu, pemilik kedai merasa tersentuh akan kejujuran dan niat baik Qu.

Pemilik kedai menerima sabun-sabun itu dengan baik, tetapi bukan untuk dijual semula, malah dibagi-bagikan pada pekerja kebersihan tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.