Penyokong Liverpool Sanggup Tukar Agama Demi Mohamad Salah

SENSASI terbaru Liverpool, Mohamad Salah, 25, disanjung peminat kerana kehebatannya di atas padang dan kerana kehebatannya itu ada yang sanggup menukar agama jika dia terus menampilkan aksi cemerlang.

Video sorakan penonton untuk Salah ini viral selepas pemain itu menunjukkan aksi konsisten dalam hampir setiap perlawanan.

“IF HE SCORES ANOTHER FEW THEN ILL BE MUSLIM TOO” – Sean Griifiths

Salah pula seolah-olah merestui tindakan sorakan terbaru peminatnya itu.

Pemain kelahiran Mesir yang berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahaan £34.3 juta (RM187.4 juta) daripada AS Roma setakat ini telah menjaringkan 30 gol bersama Liverpool.

Dia menjadi pemain Liverpool untuk menjaringkan 20 goal Liga Perdana Inggeris dalam 25 perlawanan, dua perlawanan lebih cepat berbanding Fernando Torres dan Daniel Sturridge. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.