Mayat 5 Lelaki Ditemui Terapung Di Sungai

BALING – Mayat lima lelaki dipercayai mati lemas ditemui di sungai berdekatan Taman Permai, Kampung Padang Bukit Ketil di sini pagi tadi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan di tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.06 pagi.

Katanya, sekumpulan anggota bomba yang tiba di sungai tersebut menemui mayat lima lelaki anggota sebelum kerja-kerja menaikkan mangsa dilakukan, lapor Kosmo

“Maklumat awal kita mendapat panggilan kecemasan daripada orang ramai yang menemui tiga mayat terapung di dalam sungai berkenaan.

“Namun kerja-kerja mencari mangsa seterusnya dilakukan setelah mendapat maklumat dari orang ramai bahawa masih ada lagi mangsa terlibat sebelum dua lagi mayat lelaki ditemui,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.