Lima Gerai Jual Mercun Terbakar

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima buah gerai menjual mercun dan sebuah gerai menjual daging salai musnah terbakar, malam tadi.

Penolong Penguasa Bomba, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Logeswaran Lavan, berkata sebanyak dua buah kereta dan sebuah motosikal turut musnah dalam kebakaran berkenaan.

“Kami terima panggilan kecemasan kira-kira pada jam 11.10 malam, dan sepasukan 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Hartamas dan Hang Tuah tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

“Setiba di lokasi, api sedang membakar gerai-gerai terbabit dan turut kelihatan beberapa mercun yang dipercayai dijual oleh lima gerai itu juga sedang terbakar.

“Api kemudian berjaya dikawal pada jam 11.30 malam,” katanya ketika dihubungi.

Logeswaran berkata, punca kebakaran masih disiasat dan tiada mangsa yang dilaporkan maut atau mengalami kecederaan.

Difahamkan, pemilik kepada kenderaan yang terbabit dalam kebakaran itu sudah tampil ke balai polis bagi membuat laporan. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.