4 Maut Babitkan Tiga Kenderaan

GERIK – Empat maut termasuk seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 45, Jalan Raya Timur Barat , Gerik-Jeli di sini hari ini.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.56 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, nahas tersebut membabitkan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-max dan kereta Perodua Kenari dari
arah Gerik ke Jeli manakala sebuah lagi kereta jenis Audi berada di arah bertentangan.

“Seramai 10 orang mangsa terlibat dalam kemalangan itu dengan empat daripadanya meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dua daripada mangsa cedera parah manakala empat yang lain hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Kosmo.

Operasi menyelamat mangsa masih dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.