Video : Rani Kulup Gesa Umat Islam Ke Himpunan RUU355

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulop Abdullah menyeru umat Islam beramai -ramai turun ke himpunan 355 anjuran Pas.

 

Beliau berkata, pindaan ini perlu diteruskan dan jika bukan orang Islam siapa lagi yang perlu meneruskan usaha untuk kepentingan Islam sejagat.

 

“Kami sokong RUU355 yang pentingnya seluruh umat Islam berkumpul untuk menyokong pindaan ini.

 

“Ia demi menaikkan martabat agama Islam  di bumi Melayu ini. Ayah seru Ayah umat Islam perlu sokong untuk bersama-sama dalam himpunan ini. Siapa tak datang, tak sokong tak tahulahkedudukan mereka sebagai orang Islam,”

 

 

“Kita mesti mengangkat agama Islam ia sebagai tonggak dalam negara ini,”katanya ketika ditemui di perkarangan Padang Merbok di sini, sebentar tadi.

 

 

Abdul Rani tiba dengan plat kereta #kipidap di perhimpunan itu jam 4.00 petang tadi.

 

Terdahulu, himpunan RUU355 dihadiri sekurang-kurangnya 100,ooo peserta yang berhimpun di Padang Merbok, selepas berarak dari Masjid negara. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.