Video: Himpunan RUU 355: Lautan Ungu Penuhi Padang Merbok

KUALA LUMPUR – Ribuan peserta Himpunan 355 membanjiri Padang Merbok di sini hari ini bagi menyatakan sokongan mereka ke atas usaha memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini.

 

Kebanyakan peserta tampil mengenakan baju berwarna ungu yang turut tertera tema perhimpunan “Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera” dan “kami sokong pindaan Akta 355” sebagai tanda solidariti kepada pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

 

Himpunan 355 yang bermula 2 petang hingga 11 malam ini, bertujuan untuk memberi penerangan kepada orang ramai khususnya umat Islam mengenai pindaan terhadap akta berkenaan serta memperbetulkan persepsi negatif terhadap pindaan akta itu.

 

Dianggarkan bilangan peserta adalah seramai 100,000 orang setakat ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.