Suspek Lelaki Ditahan Polis Sah Warga Korea Utara

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan seorang lelaki daripada empat suspek diburu berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam yang ditahan malam tadi, dikenali sebagai sebagai Ri Jong Chol.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata identiti suspek diperoleh hasil penemuan kad pengenalan Korea Utara (i-Kad) dimilikinya.

 

“Suspek berusia 47 tahun itu ditahan pada jam 9.50 malam tadi oleh sepasukan polis hasil maklumat risikan. “Siasatan polis masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

 

BH Online awal pagi tadi melaporkan suspek ditahan di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama di sini.

 

Difahamkan suspek bersembunyi di kondominium itu selepas menyedari dirinya diburu polis.

 

Dengan penahanan suspek itu, polis kini memburu tiga lagi individu dipercayai perancang utama kes pembunuhan Jong-nam.

 

Sebelum ini polis menahan dua suspek wanita masing-masing warga Vietnam dan Indonesia, selepas dipercayai terbabit dalam pembunuhan Jong-nam, di aras pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Isnin lalu. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.