Sultan Johor Berkongsi Kesedihan Tragedi ‘Kereta Rempuh Basikal’

 

 
JOHOR BAHRU – “Biar dia menangis, jangan biar kita menangis. Saya ucapkan takziah dan bantuan akan dihulurkan” titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

 

Baginda bertitah demikian semasa mencemar duli melawat waris mangsa tragedi lapan maut di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di sini awal pagi tadi, di Bilik Mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, lapor Utusan.

 

Sultan Ibrahim turut berkongsi kesedihannya kehilangan anak, dan pada masa sama turut berharap waris mangsa yang terlibat tabah dan menerima ketentuanNya.

 

“Saya juga berasa sedih apa lagi (tunjuk waris mangsa), saya juga ada anak, yang pergi takkan kembali lagi. Pesanan saya kepada semua, jangan biarkan anak-anak main di tengah-tengah malam,” titah baginda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.