Spekulasi Motif Pembunuhan Kim Jong Nam Jadi Tular

SEOUL – Ketika Polis Malaysia terus menyiasat kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, spekulasi mula berlegar mengenai motif pembunuhan individu tidak dikenali dunia itu, lapor media tempatan.

 

Khabar angin menyebut pemimpin Korea Utara membunuh abangnya yang tinggal dalam buangan kerana mengesyaki Jong-nam merancang menubuhkan sebuah kerajaan luar untuk menentangnya.

 

Jong-un juga dikatakan berang selepas mengetahui rancangan China melantik abangnya sebagai pengganti di Pyongyang jika sesuatu berlaku kepadanya. Ada juga perbincangan dalam talian menyebut Pyongyang tidak terbabit dalam pembunuhan itu.

 

Besar kemungkinan Jong-nam yang terkenal dengan cara hidup bebas dan gemar berjudi, mencetuskan kemarahan kumpulan penjenayah berhubung isu wang dan membunuhnya.

 

Ahli Parlimen Korea Selatan, Kim Jong-dae berkata, serangan terhadap Jong-nam adalah pencerobohan yang mengejutkan. Katanya, wanita yang ditahan itu memakai pakaian sama ketika kembali ke tempat kejadian.

 

“Jong-nam menjalani hidup bebas, suka percutian dan bergaul dengan perempuan. Dia mungkin mempunyai masalah dengan organisasi penjenayah atau mungkin jenayah disebabkan hubungan cinta bermasalah,” katanya.

 

Agensi perisikan Korea Selatan secara konsisten menggambarkan Jong-un sebagai diktator yang tidak rasional dan tidak stabil, selain berpendapat dia mengalami masalah ‘paranoia’ (masalah mental) dan membunuh abangnya yang tidak mendatangkan ancaman kepadanya. – AP/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.