Remaja Berbasikal Dirempuh Kereta 8 Maut, 4 Parah

JOHOR BAHRU –  Sebuah kereta merempuh sekumpulan remaja berbasikal dan telah mengakibatkan kematian tragis 8 daripada 12 orang kumpulan itu.

 

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam menghala ke Dataran Bandaraya Johor Bahru Bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah itu, sebuah kereta jenis Nissan Almera yang dipandu seorang wanita berbangsa Cina itu datang dari arah Petronas Lingkaran Dalam tersebut lalu merempuh sekumpulan remaja berkenaan yang berada dibahu jalan.

 

Menurut laporan yang diterima, 6 maut ditempat kejadian manakala 6 orang lagi telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

 

Manakala, 2 remaja telah meninggal semasa dikejarkan ke hospital dan 4 lagi parah.

 

Kesemua mangsa yang maut telah dihantar ke bilik mayat (HSA) untuk dibedah siasat.

 

Wanita tersebut telah direman untuk disoal siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.