#PrkTjgDatu: Pengundi Tertua Antara Yang Terawal Tunai Tanggungjawab

LUNDU: Pilihan Raya Kecil N3 Tanjong Datu terus dibanjiri pengundi walaupun hujan renyai-renyai.

 

Pengundi tetap bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab.

 

Apa yang menarik ialah kehadiran pengundi wanita berusia 85 tahun, Rakiah Wahi yang dipercayai pengundi wanita tertua dan Awang Suaidi Awang Majid yang berusia 93 tahun turut dipercayai sebagai pengundi lelaki tertua disini, hari ini.

 

”Sejak berusia 21 tahun, saya tidak pernah terlepas peluang mengundi setiap kali pilihan raya di adakan,” kata Rakiah yang datang ke pusat mengundi dengan ditemani ahli keluarga.

 

Pilihan Raya Kecil kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu, Johny Aput daripada Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Rapelson Richard Hamit dari Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).

 

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lepas.

 

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tahun lalu, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan kemenangan selesa, majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi. – Sarawakiana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.