#PrkTjgDatu: Hujan Bukan Penghalang Tunai Tanggungjawab

LUNDU: Hujan renyai-renyai bukan penghalang bagi penduduk Tanjong Datu turun menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih dan menentukan siapa bakal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu yang baharu.

 

Tepat jam 8 pagi tadi pusat pengundian Sekolah Kebangsaan(SK) Stunggang Melayu mula dibanjiri pengundi.

 

Seramai 1219 pengundi akan mengundi di tiga saluran mengundi di sekolah ini.

 

Penghulu Haji Ibrahim Suni,68 merupakan pengundi pertama membuang undi di SK Stunggang Melayu jam 8.03 pagi tadi.

 

Pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu, calon Parti Reformasi Negeri (STAR) Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Rapelson Richard Hamit. -Sarawakiana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.