#PrkTjgDatu: Aliran Trafik Sesak Pengundi Memilih Jalan Kaki Ke Pusat Mengundi

LUNDU: Aliran trafik perlahan dan sesak sekitar jalan Kampung Stunggang Melayu Baru dengan SK Stunggang Melayu menjadi pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pagi ini.

 

Keadaan itu, tidak sesekali mematah semangat pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

 

Hari ini merupakan penentuan siapa bakal menjadi wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu yang baharu.

 

Orang ramai memilih berjalan kaki ke pusat mengundi bagi mengelak kesesakan.

 

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik berjaya mengawal kesesakan daripada terus kritikal.

 

Tepat jam 5 petang nanti pusat pengundian SK Stunggang Melayu di tutup.-Sarawakiana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.