PM, TPM Ucap Takziah Kepada Keluarga Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas pemergian ibunya, Che Tom Yahaya awal pagi Sabtu.

 

“Takziah kepada YAB @AzminAli dan keluarga atas pemergian bonda tercinta, Hajah Che Tom Yahaya. Moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. al-Fatihah,” katanya menerusi akaun Twitter rasmi beliau.

 

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan takziah kepada Mohamed Azmin menerusi akaun Twitternya.

 

“Takziah untuk DS Azmin atas kembalinya ke rahmatullah bonda beliau. PM dan  saya telah bercakap melalui telefon dengan beliau jam 6 tadi. al-Fatihah,” tulisnya.

 

Che Tom, 82, meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini pada 2.14 pagi Sabtu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.