Peserta Himpunan Diingatkan Jaga Adab

SHAH ALAM – Peserta yang bercadang hadir ke Himpunan 355 (H355) diingatkan tidak melakukan sebarang provokasi dan respons kepada provokasi yang dicetuskan oleh mana-mana pihak.

 

Pengarah H355, Nasrudin Hassan berkata, peserta diharapkan hadir dalam keadaan tenang, banyakkan zikir dan berselawat.

 
“Sebarang kesulitan, peserta boleh terus berhubung dengan mana-mana anggota Jabatan Amal bertugas.

 
“Kami menempatkan kira-kira 2,500 petugas Amal dan 1,500 pasukan Sukarelawan H355. Orang ramai boleh terus berhubung dengan pihak urus setia di khemah di lot parkir di Padang Merbok,” katanya di sini, semalam.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.