Pelawak Terpaksa Cium Jae Suk Running Man 80 Kali

Pelawak Song Eun Yi mendedahkan terpaksa mencium anggota Running Man, Yoo Jae Suk sebanyak 80 kali.

Eun Yi mengakui walaupun kejadian itu sudah lama berlaku namun reaksi yang ditunjukkan oleh pengacara nombor satu Korea itu masih segar diingatannya, petik AstroGempak.

“Kami pernah terlibat dalam satu persembahan yang memerlukan kami mencium antara satu sama lain ketika di permulaan rancangan.

“Kami telah melakukan persembahan itu sebanyak 80 kali dan ini bermakna kami telah mencium antara satu sama lain dengan jumlah yang sama,” katanya.

Pendedahan yang dibuat oleh Eun Yi itu mengejutkan tetamu dan juga pengacara program Happy Together 3 yang bersiaran baru-baru ini.

Tambah Eun Yi lagi, Jae Suk tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut walaupun sudah melakukan babak tersebut berulang kali.

“Pada waktu itu, kami berlakon sebagai suami isteri. Yang lucunya, Jae Suk tetap terkejut setiap kali saya membuat cubaan untuk menciumnya,” ujarnya yang merupakan sahabat baik anggota Running Man itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.