Lapan Jenazah Mangsa Kemalangan Dituntut Keluarga

Semua lapan jenazah remaja yang terlibat dalam kemalangan selepas basikal yang mereka tunggang dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru, telah dituntut oleh waris masing masing.

 

Jenazah terakhir telah dituntut sekitar jam 3.50 petang.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, manakala dua mangsa yang kritikal berada di ICU iaitu Mohamed Shamizal Iqmal Abdullah, 16, dan dan Muhd Nazri Mahmudi, 13, kini sedang dirawat dan dipantau oleh pakar HSAJB.

 

“Nama mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd Azhar Amir, 16, Muhammad Firdaus Danish Mohd Azahar, 16, Haizad Kasrin, 16, Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14, Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14, Muhamad Shahrul Izzuwan Azzuraimee,14, Muhammad Harith Iskandar Abdullah,13 dan Fauzan Halmijah juga 13 tahun,” katanya dalam satu kenyataan media.

 

Mangsa lain yang sedang menerima rawatan ialah Muhd Zulfadhli Yusri, 19, Muhd Fitri Muhd Fatoni, 17, Mohd Farham Che Mat, 16, Muhammad Abdul Samad, 16, Muhd Arif Salman, 15, dan Arasshat Abdullah yang berusia 14 tahun.

 

Beliau berkata sebarang makluman dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.