Kemalangan Maut Timpa Lapan Remaja Juga Salah Najib?

Apabila berlaku kematian, kita akan menzahirkan ucapan tahziah sebagai melahirkan rasa simpati kepada keluarga simati apatah lagi apabila berlaku kematian tragis.

 

Namun berbeza dengan orang kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menjadikan kematian beberapa remaja dalam satu kemalangan yang menyedihkan di Johor sebagai bahan politik.

 

Beliau yang menulis dalam akaun twitternya menyatakan kematian lapan remaja yang menunggang basikal tersebut sebagai menambahkan lagi tragedi di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

“Lapan remaja penunggang basikal terbunuh dilanggar motorcar di Johor. Sebelumnya hospital terbakar. Menambah trajidi di negara di bawah era Najib,” demikian tulisnya.

 

Hospital yang terbakar itu merujuk kepada kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada tahun lepas yang meragut nyawa enam pesakit yang sedang dirawat di ICU.

 

Sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan menteri, adalah tidak wajar dan tidak munasabah untuk mengaitkan kematian dengan Najib.

 

Ajal maut adalah rahsia Allah dan tiada seorang pun makhluknya yang mengetahui akan rahsia berkenaan.

 

Jadi apa kaitan ajal maut itu dengan Najib? Adakah ketika zaman pemerintahan Mahathir tidak berlaku kematian?

 

Adakah ini standard penyokong Mahathir? Jelas beliau sudah kehabisan idea untuk membantai Najib.

 

Sepatutnya beliau menghormati keluarga mangsa. Walaupun ada yang mengecam keluarga mangsa tragedi itu kerana membenarkan anak mereka keluar pada tengah malam namun apa yang terjadi sudah tersurat.

 

Contohilah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mencemar duli melawat waris mangsa tragedi lapan maut di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di sini awal pagi tadi, di Bilik Mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.

 

“Saya juga berasa sedih apa lagi (tunjuk waris mangsa), saya juga ada anak, yang pergi takkan kembali lagi. Pesanan saya kepada semua, jangan biarkan anak-anak main di tengah-tengah malam,” titah baginda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.