Ibu Azmin Ali Meninggal Dunia

PETALING JAYA – Ibu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Che Tom Yahaya meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di Hospital Pakar KPJ Damansara pada pukul 2.14 pagi Sabtu.

 

Sebelum ini,  Che Tom Yaha, 82 tahun dirawat di pusat perubatan swasta berkenaan selepas diserang angin ahmar pada 10 Oktober lalu.

 

Namun, keadaan Che Tom dilaporkan kritikal selepas beliau sekali lagi diserang angin ahmar pada minggu lalu.

 

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata jenazah Che Tom, 82, akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang bagi tujuan pengurusan dan solat jenazah sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang.

 

“Jenazah dijangka tiba di Kampung Klang Gate pada pukul 9 pagi dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate pada 11 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.