Facebook Valet Doa Diserang ‘Burung Gila’

SHAH ALAM – Gara-gara berang dan bimbang dengan khidmat kirim doa di Makkah, Valet Doa yang diperkenal di media sosial baru-baru ini, netizen bertindak menyerang laman Facebook rasmi perkhimatan tersebut dengan ‘burung gila’.

 

Tinjauan Sinar Online mendapati, ruangan komen Facebook khidmat kirim doa di Makkah itu dibanjiri dengan koleksi Facebook sticker ‘Floppy Trash Doves’ atau ‘burung gila’.

 

 
Rata-rata netizen meninggalkan imej ‘burung gila’ itu sebagai tanda bengang atau tidak setuju dengan khidmat tidak masuk akal yang dikenakan oleh pengasas syarikat tersebut.

 
Sesetengah netizen juga dilihat secara sengaja meninggalkan dua atau lebih ‘burung gila’ di ruangan komen sama.

 

Sementara itu, menurut penjelasan di laman web knowyourmeme.com, burung Merpati tersebut memaparkan 24 situasi dan gaya, termasuklah gaya mengangguk yang menjadi pilihan ramai.

 

Sticker ini direka oleh Syd Weiler, seorang artis dan pereka grafik dari Amerika Syarikat.

 

Ditanya mengapa burung itu menganggukkan kepala dengan gaya ala penyanyi heavy metal, Weiler memberitahu, gaya tersebut boleh melambangkan banyak situasi dan perasaan, antaranya gembira, teruja atau sedang berseronok.

 

Malah Weiler tidak menolak burung itu juga melambangkan emotionally disturbed, atau bahasa mudahnya, gila.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.