47 Peratus Keluar Mengundi PRK Tanjong Batu Setakat Jam 11 Pagi

LUNDU – Jumlah pemilih yang sudah menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya kecil (PRK) Tanjong Batu hari ini setakat jam 11.00 pagi tadi sudah mencecah 47 peratus.

 

Peratusan tersebut bagaimanapun tidak termasuk pengundi awal yang telah mengundi pada 12 Februari lalu.

 

Keseluruhannya seramai 9,771 pemilih layak mengundi dalam PRK kali ini dengan SPR meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 75 peratus pengundi akan keluar mengundi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.