Video: Rafizi Tidak Faham Prosedur Undang-Undang – Ismail Sabri

Subang – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli tidak memahami prosedur undang-undang berhubung isu pembelian hartanah di Australia yang melibatkan pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara).

 

Menurut Ismail pihak Mara telah mengambil tindakan yang sepatutnya dan menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

 

 

“Saya dah jawab di Parlimen bahawa pihak Mara telah mengambil 2 tindakan, pertama tindakan dalaman denang tidak menyambut atau memberhentikan CEO dan Pengerusi Mara Ink dan yang kedua menyerahkan kes ini kepada SPRM.

 

“Sebaik sahaja isu ini diserahkan kepada SPRM ia bukan lagi dibawah kawalan Mara, meraka akan menjalankan siasatan dan sekiranya ada kes ia akan dierahkan kepada pihak Peguam Negara dan terserah kepada pihak Peguam Negara untuk mendakwa ataupun tidak.

 

“Jadi mungkin Rafizi tidak tahu prosedur undang-undang sebab dia mempersoalkan mengapa Mara masih lagi belum mengambil sebarang tindakan sedangkan pihak kami telahpun mengambil tindakan” katanya ketika sidang akhbar sejurus selepas merasmikan program ‘On-Job Traning’ UniKL MIAT & Asia Aero Technic Sdn Bhd disini pagi tadi.

 

Ismail turut menjelaskan pihak Mara telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan bagi membantu siasatan.

 

” Saya difahamkan Tan Sri Annuar Musa sendiri yang membawa dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada SPRM bagi menujukkan betapa kami begitu serius mahu menyelesaikan isu ini.

 

“Jadi tak timbul sebarang dakwaan yang mengatakan Mara mahu menutup kes ini malah pegawai-pegawai yang terlibat turut telah dipanggil untuk membantu siastaan” uajrnya lagi.

 

Rafizi pada Selasa lalu mendakwa  pihak Mara cuba menutup isu yang melibatkan institusi orang Melayu itu kerana sehingga kini tidak ada seorang pun yang dihadapkan ke muka pengadilan. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.