Video : Pope Mengamuk, Hampir Jatuh Kena Tarik

Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis mengamuk kerana hampir terjatuh akibat ditarik seorang daripada pengikut taksubnya.

 

Menerusi video 0:44 saat itu memaparkan aksi Pope Francis yang ditarik sehingga hampir terjatuh.

 

Agamawan itu tidak dapat menahan marah kemudiannya, bertindak memarahi pengikut yang telah menyebabkan berlakunya insiden tersebut.

 

“Jangan pentingkan diri!,”laungnya dalam bahasa Spanish.

 

Kemudiannya, menerusi paparan video itu juga menunjukkan Pope Francis meneruskan ceramahnya dalam masa beberapa minit kepada pengikut ajaran tersebut sebelum meninggalkan majlis.

 

Video yang menunjukkan latar masa dan tempat di Morelia Mexico itu menunjukkan kejadian tersebut berlaku kira-kira pada sebelah petang.

 

Menerusi laporan CBC News, seorang Pope juga sudah kehilangan sikap tenangnya sehingga menyebabkan agamawan disegani agama Katolik itu membongkar perilaku sebenarnya.

 

 

Kesimpulannya, seorang Pope juga tidak dapat menahan marah biarpun berperanan paling alim dan perlu bersikap sabar serta mempamerkan kesederhanaan seperti yang dituntut oleh agamanya.- SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.