‘Tun M, Khairuddin Dan Mahfuz Cuba Pengaruhi Sirul Fitnah PM’

Petaling Jaya – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa terdapat pihak yang cuba mempengaruhi bekas komando polis, Sirul Azhar Umar yang kini berada dalam tahanan pihak imigresen Australia.

 

Timbalan Presidennya, Zakwan Hafiz Ahmad Ansari menamakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar antara mereka yang berbuat demikian.

 

“Tun M cuba berhubung bila cuba mengumpulkan keluarga Sirul. Yang kedua, saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa Australia bahawa Khairudin cuba berjumpa Sirul tapi tak dibenarkan oleh pihak berkuasa imigresen Australia.

 

“Yang ketiga adalah Mahfuz cuba hubungi Sirul untuk lakukan sesuatu,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas membuat laporan polis.

 

Sehubungan itu, Zakwan menggesa pihak polis menyiasat mereka kerana perkara tersebut telah menjadi kelam kabut.

 

“Bukan hanya Sirul sahaja yang ditahan, banyak rakyat Malaysia yang lain ditahan di luar negara.. kenapa Tun M tak pergi jumpa kalau tidak ada niat?,” soalnya

 

Dalam pada itu, Zakwan turut menggesa polis menyiasat bagaimana laman web Sarawak Report boleh memperoleh maklumat dokumen sulit berhubung rakaman percakapan Seksyen 113 Kanun Prosiding Jenayah (KPJ) Sirul di mana perkara itu telah diterbitkan secara awam.

 

“Saya telah membuat beberapa pemeriksaan di mana saya mendapati bahawa kenyataan 113 KPJ Sirul ini tidak ditender di mahkamah ketika perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu..kenyataan tersebut adalah sulit.

 

“Kita minta supaya pihak polis menjalankan siasatan bagaimana Sarawak Report boleh memperolehi dokumen Seksyen 113 KPJ ini daripada pihak-pihak berkenaan,” tegasnya.

 

Beliau mendakwa, dokumen tersebut boleh terbocor dalam tiga situasi iaitu di peringkat Peguam Negara, simpanan polis dan semasa perjalanan perbicaraan mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.