Tindakan Menghina Warga Bangladesh Tidak Islamik Kata Ahli Akademik

Ahli Akademik, Prof Hassan Basri menyifatkan tindakan menghina warga Bangladesh adalah tidak wajar dan tidak Islamik.

 

Penghinaan seperti itu tidak patut dilakukan oleh orang Malaysia yang merendah-rendahkan warga Bangladesh walaupun setengah daripada mereka ada yang melakukan perbuatan yang tidak baik.

 

“Saya mengasihi saudara Bangladesh. Saya memahami mereka secara peribadi. Hati saya luka apabila sesetengah orang melayan mereka seperti mereka adalah kelas yang lebih rendah daripada kita.

 

“Kebanyakan warga Bangladesh adalah orang yang baik, sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia. Benar, terdapat sebilangan kecil orang-orang yang tidak baik, hanya kerana ada sebilangan kecil yang tidak baik, rakyat Malaysia mengeji mereka,”katanya.

 

Hassan berkata, terdapat ramai rakyat Bangladesh yang sangat pintar dan sebahagiannya lebih pintar daripada rakyat Malaysia.

 

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya rakyat Malaysia tidak lagi menghina warga tersebut.

 

Malah katanya, menerusi al Quran juga ada menyebutkan supaya sesiapa sahaja tidak boleh menghina sesuatu kaum yang lain kerana mereka lebih baik daripada orang yang membuat penghinaan tersebut.

 

Katanya lagi, tidak kira politik, ekonomi atau lain-lain, ia adalah demi kemakmuran sejagat.

 

“Saya sangat menyarankan perkara ini. Semoga Allah membimbing kita semua,”katanya.

 

Beliau yang turut mengakui berasal dari moyangnya yang merupakan pendatang dari Jawa dan neneknya seorang pendatang dari China itu turut memetik ayat alQuran 49:11 “Wahai orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengejek orang lain, kerana mereka mungkin lebih baik daripada kita. Dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka ini adalah orang yang melampaui batas.”-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.