Video : Tak Sampai Seminit, Untuk Curi Tayar Kereta

Sebuah video yang dikongsi Kelab Penyokong Sabah Rhino memaparkan aksi curi tayar kenderaan 4×4 yang mengambil masa tidak sampai seminit.

 

Menerusi status yang dimuat naik kelab tersebut menulis, dia juga pernah mengalami pengalaman yang serupa apabila sebuah tayar simpanannya juga turut dicuri.

 

“Saya pun pernah terkena ni kes tayar spare hilang. Hati-hati jika nampak ni kereta Iswara WPE 8894 metalic silver..kejadian di 1Borneo…cepat betul dia buat dan terang-terang lagi,”tulisnya.

 

Kelab tersebut turut berpesan kepada semua pemilik kenderaan jenis 4×4 supaya memasang kunci pada tayar kereta.

 

“Siapa-siapa yang ada 4 wheel atau kawan-kawan..kasi share..,”akhirinya.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.