Selepas Disiasat Polis, Rani Kulup Mahu ‘Berehat’

GOMBAK ― Raja “laporan polis” Abdul Rani Kulup Abdullah ingin berehat seketika selepas membuat hampir 1,000 aduan selama bertahun-tahun.

 

Abdul Rani, yang terkenal dengan “kipidap” dan pakaian seragamnya, kini mahu memberi tumpuan pada kerja-kerjanya dalam pertunjukan, pengiklanan dan lakonan, lapor Star Online.

 

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu kali terakhir membuat laporan polis pada Disember tahun lalu.

 

Beliau dilaporkan mahu memberi ruang kepada pihak berkuasa menyiasat dan menyelesaikan kes-kes yang diadunya.

 

“Ramai yang bertanya bila lagi saya mahu membuat laporan kerana mereka rindukan aduan-aduan saya,” Abdul Rani dipetik berkata.

 

“Mereka kata jika saya membuat laporan, ia nampak hebat.”

 

Katanya, sejak aktif membuat laporan polis pada 2011 dan mahu mencapai jumlah 1,000 aduan polis dua tahun lagi.

 

Beliau sendiri disiasat polis bulan lepas apabila menerima gelaran “Datuk” daripada Noor Jan Tuah, yang mendakwa dirinya sebagai sultan Melaka.

 

“Tidak kisah siapa yang beri saya pangkat Datuk. Sebenarnya saya sudah jadi datuk kepada cucu-cucu saya. Datuk itu gelaran sebenar yang dikurniakan Allah,” katanya.

 

Beliau mempunyai sembilan anak dan 14 cucu. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.