Rafizi Didakwa Tidak Tahu Prosedur Undang-Undang

PETALING JAYA: Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, kenyataan Rafizi terhadap kes MARA inc terhadap pembelian hartanah di sana pada 2012 dan 2013 lambat diselesaikan adalah seperti tidak tahu prosedur undang-undang.

 

“Rafizi mungkin tak tahu prosedur undang-undang dan kita sudah ambil tindakan di luar daripada itu kita tidak boleh terlibat lagi.

 

Tambah beliau lagi, persoalan tersebut telah dijawab diparlimen dan tindakan telah diambil.

 

“Saya dah jawab di Parlimen bahawa Mara sudah mengambil tindakan.

 

“Ada dua tindakan yang telah diambil iaitu tindakan dalaman atau internalisasi dengan memberhentikan MARA INC dan yang kedua menyerahkan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kini ia diluar bidang kuasa kita.” katanya.

 

Beliau juga turut menyatakan bahawa penyerahan dokumen tersebut kepada SPRM dilakukan sendiri oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa dan menyangkal dakwaan pihaknya melambatkan prosedur menyelesaikan kes tersebut.

 

“Tan Sri Annuar sendiri yang serah Fail-fail semua dah diserahkan kepada SPRM jadi tak timbul isu kita cuba cover up dan lambat – lambat kan kes” katanya ketika sidang media tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.