‘Orang Agama Lebih Bahaya Daripada Orang Politik’ – Dr Mohd Asri

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyeru semua pihak dan masyarakat untuk terus bersatu tidak kira dari segi agama dan fahaman.

 

Menurutnya, ia merupakan satu-satunya langkah untuk memelihara keamanan dan keharmonian negara.

 

“Kita semua perlu bersatu untuk kekalkan keamanan dalam negara. Pihak berkuasa perlu bertindak untuk atasi isu-isu sebegini,” katanya ketika berlangsungnya wacana Ektremisme Agama di Malaysia di sini, malam tadi.

 

Mengulas lanjut, katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengeluarkan kenyataan provokasi.

 

“Orang-orang seperti ini perlu diambil tindakan. Sebab orang-orang macam ini boleh memecahbelahkan masyarakat.

 

“Orang agama ni lebih bahaya daripada orang politik.  Orang politik ni kalau nak buang kawan, mereka hanya buang keahlian sahaja.

 

“Kalau buang keahlian (parti politik), mereka boleh masuk parti lain. Orang agama kalau buang rakan, mereka pecat daripada agama terus,” katanya lagi. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.