NGO Gesa Polis Siasat Dalang Manipulasi Kes Pembunuhan Altantuya

PETALING JAYA – Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin menggesa pihak polis mengambil tindakan undang-undang ke atas semua inidividu yang terlibat dalam memanipulasikan kes pembunuhan Altantuya Shaaribu yang didakwa sedang mengandung ketika dibunuh.

 

Wakil daripada persatuan itu, ZakwanHafiz Ahmad Ansari mendakwa, video ucapan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang dikongsikan di laman youtube berdurasi 06.30 minit itu memuatkan kata-kata fitnah yang berupa hasutan.

 

ZakwanHafiz mendakwa, Khalid dalam ucapannya memfitnah bahawa dalam perbicaraan menceritakan Altantuya melutut dan merayu agar tidak dibunuh. Dalam ucapan itu lagi menyebutkan bahawa Altantuya melutut dan merayu kerana mengandung dan mempunyai anak.

 

“Ia bertujuan untuk menimbulkan keraguan, ketidakpercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman dan perundangan negara serta cuba mengaitkan individu tertentu dalam kes pembunuhan Altantuya.

 

“Sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali Altantuya mengandung. Satu perkara yang tidak sama antara mempunyai anak dan mengandung. Jesteru itu, pihak kami menggesa polis menjalankan siasatan ke atas perkara tersebut.

 

“Sementara itu, kami juga menggesa pihak polis menyiasat pihak yang cuba menghubungi Sirul Azhar Omar bagi mensabitkan seseorang terlibat dalam pembunuhan Altantuya,”katanya selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya, pagi tadi.

 

Menurut ZakwanHafiz menerusi laporan kepada polis juga menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan propaganda bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terlibat dalam kes tersebut sedangkan pembunuhnya telah bersumpah bahawa Najib tidak terlibat. -SuaraTV

 

 

 

3 thoughts on “NGO Gesa Polis Siasat Dalang Manipulasi Kes Pembunuhan Altantuya

  • July 4, 2018 at 1:20 am
    Permalink

    ap korang cakap cerita betul mangsa dibunuh? korang bodoh mcm kayu! mangsa yg tidak bersalah dibunuh? faham ke tidak? kalau tak faham pergi sekolah belajar jadi cerdik akal jgn bodoh mcm katak.. yg bgsnya kalau saudara korang yg kena baru tahu ….

    Reply
  • July 19, 2018 at 3:22 pm
    Permalink

    kita mahu kes altantuya dibuka dan disiasat semula seperti dilindungi olih pihak2 tertentu? benar telus adil saksama mesti ada dalam siasatan …! jika tidak piagam slogan hakim buang jer dalam tong sampah…! semua nama yg dikait dulu mesti di siasat dan dipanggil semula. tak kira sesiapa kita mahu keadilan dan kebenaran supaya semua dapat tahu apa yg sebenarnya berlaku… apa makna kalau kebenaran disorokkan… apa untung kalau tidak diberitahu ,,,, apa yg dapat dibanggakan kalau kes ini tidak diselesaikan sebaik2nya , bolihkah kita tipu allah swt ….. nak elak macamana lagi…..!

    Reply
  • July 19, 2018 at 3:23 pm
    Permalink

    keadilan kebenaran agenda fokus target utama….!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.