Menyamar Jadi Doktor Untuk Sara Isteri, Anak

Kuala Lumpur – Seorang lelaki warga emas didapati menipu orang ramai dengan menyamar menjadi doktor di sebuah klinik di Johor Baharu sejak tahun 2014 hingga awal tahun ini.

 

Lelaki itu, P.Jogindhar Singh, 68, dikatakan menyamar menjadi ‘Doktor Ashok’ di Klinik Theesan, Taman Universiti, Skudai sehingga memperdaya pesakit yang mengunjungi klinik itu, lapor Bernama.

 

Berikutan pendedahan itu, dia dijatuhkan hukuman denda RM3,000 atau dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret .

 

Jogindhar Singh dari Masai mengaku bersalah atas pertuduhan itu dituduh mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

Tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan menanggung isteri dan dua anak serta menghidapi penyakit jantung.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.