Halalkan Ganja, Majoriti Pengguna FB Lelaki Sokong KJ.

Kuala Lumpur – Cadangan mengkaji semula kesalahan pengguna ganja dilihat mendapat respon positif daripada netizen khususnya pengguna lelaki.

 

Majoriti daripada mereka menyifatkan ia merupakan satu cadangan yang baik sambil mendakwa ganja bukan sebahagian daripada dadah.

 

“Sokong!!!dadah pembunuh!!ganja menyihatkan.” kata Manee Slayers didalam ruangan komen Facebook SuaraTV semalam.

 

Sementara itu menurut Nazmi Omar turut memuatnaik komen-komen yang menyokong tindakan tersebut.

 

” Ganja bukan dadah… ia sejenis herba yang bagus untuk kesihatan” katanya pula.

 

Dalam pada itu, Sham jurai juga mendakwa bahawa ganja sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan kepada kesihatan.

 

“Itu bukan dadah, itu kasi orang kuat makan, kasi rileks minda dan yang terbaru punya research penawar pada kanser” katanya.

 

Terdahulu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dikatakan menyokong cadangan seorang ahli parlimen belia agar kerajaan mengkaji semula undang-undang berkaitan ganja di negara ini.

 

Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli ketika membahaskan usul mengenai meningkatkan undang-undang dadah pada sidang Parlimen Belia semalam berkata, golongan muda tidak menganggap ganja sebagai dadah.

 

“Ganja bukan dadah… Saya hanya luahkan pendapat belia yang saya temui di peringkat akar umbi,” katanya yang mewakili Selangor itu.

 

Kenyataan Ridhwan yang dilaporkan oleh portal The Star itu kemudiannya ditweet oleh Khairy.

 

Rata-rata penguna media sosial menyifatkan tindakan KJ itu sebagai tanda menyokong syor yang dikemukakan itu. – SuaraTV

One thought on “Halalkan Ganja, Majoriti Pengguna FB Lelaki Sokong KJ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.