Video: Rakaman TunM Terpukau Melihat Silap Mata, Viral Di Media Sosial

Kuala Lumpur – Sebuah video yang memaparkan reaksi spontan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkejut menjadi viral dan mendapat pujian daripada pengguna-pengguna di laman sosial.

 

Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik di laman Facebook ‘Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad’ itu diambil dari Instagram seorang pakar silap mata.

 

 

“Trick Magic kepada Tun Mahathir. Video ini diambil dari sahabat insta @mindofdavid88 yang merupakan pakar trick silap mata.

 

“Lihat video ini sampai habis dan lihat reaksi Tun Mahathir terkejut! Priceless moment untung David,” menurut pengendali laman Facebook tersebut.

 

Majoriti pengguna laman Facebook menyifatkan Dr Mahathir kelihatan comel dengan muka yang teruja ketika persembahan silap mata itu.

 

Sehingga kini ramakan tersebut telah ditonton hampir 17,000 kali, namun, tidak dapat dipastikan bila dan di mana majlis itu berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.