Video: Pengguna Media Sosial Kecam, Tarian Gelek Di Pasar Karat JB

Kuala Lumpur – Sebuah rakaman video yang memaparkan aksi seorang wanita yang berpakaian menjolok mata melakukan tarian gelek di Pasar Karat di pusat Bandaraya Johor Bahru mendapat kecaman di media sosial hari ini.

 

Tarian gelek yang diiringi muzik dan nyanyian lagu Arab itu disaksikan puluhan orang ramai termasuk kanak-kanak.

Namun tidak diketahui apakah persembahan terbuka itu mendapat kebenaran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) atau tidak.

 

Ramai pengguna media sosial khususnya dari Johor mendesak anggota penguatkuasaan MBJB segera melakukan pemantauan di pasar berkenaan dan bertindak tegas terhadap pihak penganjur.

 

“Kalau macam ni…Penguatkuasa MBJB angkut dia dan baju2 dia pun saya sokong…..

 

“Macamana boleh berlaku di Bazar karat JB. Sila pantau,” kata seorang pengguna Facebook di laman sosialnya.

 

SuaraTV walau bagaimanapun gagal untuk menghubungi pihak MBJB untuk pengesahan berhubung kejadian ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.