Trafik Sesak Di Lebuhraya PLUS

Kuala Lumpur – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan mula sesak setakat pukul 9 pagi hari ini berikutan kebanyakan warga kota mula pulang ke kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut esok.

 

Salah seorang pengguna PLUS, Syed Malik Alsagoff, 42 yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi berkata aliran trafik agak padat bermula dari persimpangan Bukit Beruntung hingga ke susur keluar Slim River.

 

“Kenderaan bergerak agak perlahan, dengan kelajuan 20-30km sejam, namun kembali lancar selepas Ipoh” ujarnya yang dalam perjalanan ke Utara untuk bercuti bersama keluarga.

 

Sementara itu jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuh Raya PLUS berkata di bahagian utara, trafik sesak dari Tanjung Malim menghala ke Gopeng, Perak, manakala di selatan, ia mula sesak dari Seremban menghala ke Skudai, Johor.

 

“Ia dijangka berterusan pada waktu tengah hari nanti hingga ke malam,” katanya.

 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta www.twitter.com/llminfotrafik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.