Serangan Boko Haram, 38 Maut

Kano – Seramai 38 orang terbunuh apabila kumpulan militan Boko Haram melakukan serangan berani mati di timur laut Nigeria pada Selasa, sebagai usaha mengganggu proses pilihan raya yang bakal berlangsung kurang enam minggu lagi.

 

Kumpulan pemberontak tersebut sebelum ini berjaya menangguhkan pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada 14 Februari ke tarikh baru iaitu 28 Mac.

 

Bagaimanapun Boko Haram mengadakan gelombang serangan baru selepas Nigeria berpakat dengan Chad, Niger dan Cameroon untuk memerangi kumpulan berkenaan.

 

“Pilihan raya ini tidak akan diadakan walaupun kami mati,” kata pemimpin Boko Haram, Abu Bakar Shekau dalam video yang didedahkan menerusi laman sosial Twitter.

 

Sebelum ancaman itu dikeluarkan oleh Bokok Haram, Presiden Niger, Mahamadou Issoufou berikrar bahawa negara itu akan berusaha menamatkan Boko Haram selepas lebih 13,000 nyawa terkorban selama ini.

 

Ketegasan itu disuarakan selepas Boko Haram berjaya membuktikan kemampuan menguasai sebahagian besar Nigeria dalam tempoh yang singkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.