RM20 Punya Pasal, Nenek 75 Tahun Dirogol

Kota Kinabalu – Seorang nenek berusia 75 tahun mendakwa telah dirogol kerana gagal membayar hutang sebanyak RM20 pada hari Jumaat, 13 Februari 2015 di Kampung Cenderakasih.

 

Sebuah portal berita melaporkan bahawa mangsa telah gagal membayar hutang kepada seorang lelaki dipercayai warga negara Pakistan yang menjual pelbagai jenis pakaian.

 

Wanita tua itu dipercayai membeli sehelai baju yang berharga RM30, tetapi hanya mampu membayar RM10.

 

Suspek dalam usia lingkungan 30-an telah pergi ke rumah mangsa untuk menuntut hutangnya.

 

Bagaimanapun nenek itu masih gagal menjelaskan hutang tersebut sehingga mencetuskan kemarahan yang bertindak menutup pintu rumah dan merogol mangsa.

 

Kes tersebut kini dalam siasatan polis.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.