Polis Buru Wanita Simbah Suami Dengan Asid Hingga Buta

Sambutan hari Tahun Baru Cina esok mungkin gelap untuk seorang tukang paip selepas hilang penglihatan selepas disimbah dengan asid oleh isterinya, warga Thailand.

 

Wanita Thailand itu kini diburu polis kerana didakwa menyimbah asid ke muka suaminya yang sedang tidur yang mungkin menyebabkan dia buta dan kecederaan serius.

 

Dalam insiden pada jam 6.30 pagi di flat Macallum Streets semalam, wanita berusia 29 tahun itu dikatakan melarikan diri menggunakan kereta Nissan Grand Living dengan plat pendaftaran PJU1000 yang dikatakan dimiliki oleh mangsa (suaminya).

 

Pemangku Polis Daerah Timur Laut Ketua Supt Abdul Rahman Ahmad berkata mangsa berusia 47 tahun yang bekerja sebagai tukang paip mengalami kecederaan sirius.

 

“Mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Pulau Piang dan kini berada dalam keadaan koma.

 

“Menurut doktor, mangsa mungkin mengalami buta kekal kerana asid yang disimbah di bahagian mata, badan dan kaki,” katanya selepas melawat mangsa di Hospital Pulau Pinang, hari ini.

 

Abdul Rahman berkata, pasangan itu telah berkahwin selama lima tahun dan belum dikurniakan anak.

 

“Kami masih menyiasat motif serangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

 

Menurut seorang jiran yang enggan namanya disiarkan, mangsa memberitahu mahu pulang bertemu keluarga di Gelugor untuk makan malam sebelum sambutan Tahun Baru.

 

“Saya terperanjat mendengar apa yang berlaku dan melihat ambulans di hadapan rumah, awal pagi,” katanya. – TheRakyatpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.