Pesuruhjaya Pas Selangor Desak PasMa Nyatakan Musuh Sebenar Mereka

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mendesak NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) memberi penjelasan mengenai musuh sebenar NGO itu.

 

Iskandar berkata PasMa tindakan mereka dilihat lebih menumpukan serangan terhadap kepimpinan parti itu supaya “tidak lagi stabil” dan bukan menyerang kepada Umno.

 

“PasMa perlu nyatakan kepada rakyat siapa musuh mereka. PAS atau Umno. Setakat ini PasMa dilihat menumpukan serangan mereka terhadap PAS bukan Umno.

 

“Ia dilihat sedang menjalankan usaha untuk memastikan PAS sebagai parti politik tidak lagi stabil.

 

“Oleh yang demikian, terdapat yang bertanya adakah terdapat satu komplot di antara PasMa dan Umno,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

 

Beliau yang juga exco Selangor turut membangkitkan bahawa terdapat pihak yang mempersoalkan sama ada NGO itu bekerjasama dengan Umno untuk menjatuhkan PAS.

 

Semalam, Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata PAS Selangor bidang kuasanya apabila meminta anggota parti lain dalam Pakatan Rakyat supaya tidak terlibat dengan aktiviti NGO itu.

 

Phahrolrazi yang juga ADUN PAS Pengkalan Kundor berkata, PAS sepatutnya melarang anggotanya yang didakwa terlibat dengan Umno dan bukannya dengan PasMa.

 

Mengulas lanjut, Iskandar berkata hubungan Pakatan Rakyat di Selangor kini kembali pulih selepas berakhirnya krisis menteri besar dan tanpanya agenda membangunkan negeri dan membela nasib rakyat tidak akan tercapai.

 

“PASMA perlu mengambil kira realiti politik berkerajaan sebelum mengambil keputusan untuk menggempur Selangor. Kecuali memang hasrat PASMA untuk melihat Pakatan Rakyat kucar-kacir di Selangor dan kerajaan negeri gagal mencapai sasaran-sasarannya,” katanya. – Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.