OIC Kutuk Hukuman Penggal Kepala

Kuala Lumpur – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk pembunuhan kejam 21 pekerja rakyat Mesir yang dilakukan oleh kumpulan pengganas ISIS, Ahad lepas.

 

Setiausaha Agung OIC, Iyad Ameen Madani dalam kenyataan kepada Bernama, berkata OIC merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Mesir.

 

http://www.dailymotion.com/video/x2hadkg_is-pancung-21-rakyat-mesir-di-libya_news

 

“Tindakan tidak bertamadun itu sekali lagi membuktikan sifat jenayah kumpulan ini (IS), dan bagaimana jenayah yang dilakukannya terus melanggar setiap undang-undang dan menyalahi ajaran setiap agama dan nilai-nilai kemanusiaan; dan bagaimana ia terang-terang mencemarkan Islam dan menanam kebencian di seluruh dunia terhadap umat Islam,” katanya dalam kenyataan itu.

 

Madani menggesa puak-puak Libya mencapai penyelesaian politik terhadap perbezaan dan konflik serta membina identiti bersama sebagai warga Libya, Arab dan umat Islam.

 

Beliau menegaskan bahawa kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan Libya bertukar menjadi sebuah ‘negara yang gagal’ yang diselubungi keganasan, fahaman pelampau dan berpuak-puak, dan menjadi ancaman kepada kestabilan rantau.

 

Kumpulan militan ISIS atau IS menyiarkan rakaman video Ahad lepas yang menunjukkan sekumpulan anggota IS yang menutup muka mereka memenggal kepala 21 pekerja rakyat Mesir di kawasan pantai di Tripoli, Libya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.