Lady Gaga Terima Lamaran Taylor Kinney

LOS ANGELES 17 Feb. – Penyanyi pop, Lady Gaga mengumumkan, dia kini telah pun bergelar tunangan kepada kekasihnya, Taylor Kinney.

 

Menurut laman web dailystar.co.uk, berita gembira itu dikongsi Gaga di Instagramnya.

 

Penyanyi berusia 28 tahun itu turut memuatnaik gambar cincin berbentuk hati pemberian tunangnya sempena Hari Kekasih baru-baru ini.

 

“Kinney memberikan sebentuk cincin kepada saya semalam dan saya bersetuju untuk berkahwin,” tulis Gaga.

 

Gaga turut memberitahu 5.5 juta pengikutnya di laman Twitter mengenai perkembangan baharu tersebut.

 

Penyanyi lagu Bad Romance itu berkata, lamaran tersebut dilakukan kekasihnya ketika majlis makan malam romantik di Restoran Joanne Trattoria milik ibu bapanya di New York.

 

Gaga dan Kinney berkenalan pada 2011 selepas terlibat dalam penggambaran video You & I di sebuah padang di Nebraska, Lincoln.

 

Kinney, 33, pernah tampil dalam beberapa diri televisyen termasuk Chicago Fire dan filem antaranya Zero Dark Thirty. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.