Kedai Kasut Di Dakwa Sengaja Sembunyi Label Kulit Babi

Seorang pengguna laman sosial Facebook mendakwa pemilik sebuah kedai kasut yang menjalankan perniagaan di Queensbay Mall Pulau Pinang tidak menghormati sensitiviti orang Islam apabila mempamerkan kasut yang diperbuat dari kulit babi.

 

Pengguna dikenali sebagai Norhafiz Dellas juga mendakwa kedai terbabit seperti mahu mengumpan pelanggan yang beragama Islam menyentuh kasut tersebut dengan meletakkan tanda diskaun 50 peratus manakala tanda pemberitahuan ‘kulit babi’ disembunyikan.

 

“Tak sensitif pada umat Islam. Letak kasut “pig skin” di ruang paling hadapan kedai. Dengan tanda diskaun 50%, tapi tanda (diperbuat dari) kulit babi diletakkan dicelah belakang kasut.

 

“Seolah-olah sengaja nak bagi orang muslim terpegang,” dakwanya dalam satu status di facebook yang ditulis pada 15 Februari 2015.

 

Kedai Kasut Kulit Babi _queensbay Mall

 

Menurut Norhafiz disebabkan tanda kasut dari ‘kulit babi’ itu tersembunyi dari pandangan, ada keluarga ahli keluarganya secara tidak sengaja telah menyentuh kasut tersebut.

 

“Keluarga aku dah tersentuh (kasut kulit babi). Balik terus kena samak,” jelasnya yang tidak berpuas hati dengan kedai terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.