Homoseksual Anwar Gugat Keselamatan Negara – Shafee

Kelana Jaya – Peguam ketua pendakwa raya kes liwat II Anwar Ibrahim menegaskan keputusan mahkamah berhubung kes itu tidak terlibat dengan konspirasi politik.

 

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian pada sesi dialog di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein bersama kira- kira 150 orang yang menyertai sesi selama hampir dua jam, malam tadi.

 

Menurutnya, keengganan Anwar untuk menjalani ujian DNA, sebaliknya hanya memberi kenyataan sehingga menjadikan kes itu lemah.

 

Beliau turut menyatakan Anwar tidak mengunakan 13 saksinya termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah untuk menguatkan kes dan mempertahankannya.

 

“Bagaimana berlaku konspirasi sedangkan terdapat penemuan sperma Anwar di dubur pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Abdullah?

 

“Anwar ada banyak peguam yang membelanya dan (keputusan Mahkamah Persekutuan) ini menunjukkan peguam pendakwa lebih bagus dalam kes ini,” katanya.

 

Peguam UMNO itu berkata, penting Anwar disabitkan kesalahan kerana dia cenderung kepada homoseksual yang “menggugat keselamatan negara”.

 

Muhammad Shafee pada akhir sesi dialognya menafikan adanya arahan daripada Perdana Menteri berkaitan dengan kes ini dan ia sememangnya tidak berlaku.

 

“Sejak 10 tahun saya menjadi pendakwa raya, saya tidak pernah melihat polis meletakkan bukti dalam sesuatu kes dengan sengaja.

 

“Ini sekaligus menyebabkan saya sanggup bersumpah depan Al-Quran bahawa Anwar bersalah,” katanya.

 

Muhammad Shafee Abdullah turut menyifatkan Majlis Peguam hanya dijadikan alat kepada Pakatan Rakyat.

 

Beliau mendakwa, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong telah salah anggap kes Anwar kerana ianya adalah kesalahan jenayah dan bukannya tuduhan politik.

 

Menurutnya, Majlis Peguam kini dilihat bukan sebuah badan bebas tetapi menjadi parti politik kepada pembangkang.

 

“Leong bukanlah peguam jenayah dan kenyataanya mengenai Seksyen 377B adalah tidak tepat kerana tidak memahami fakta,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.